Perluas status MSC ikut kemampuan negeri: PM
Oleh Ridzuan Yop dan Shamsul Kamal Amarudin
Kerajaan tidak pilih kasih maju teknologi maklumat, telekomunikasi
IPOH: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan akan memperluaskan Koridor Raya Multimedia (MSC) ke seluruh negara tanpa meminggirkan mana-mana negeri atau kawasan dalam usaha memajukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara. Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam agenda melaksanakan pembangunan ICT atau ketika penganugerahan status MSC kepada mana-mana kawasan dan negeri. "Saya memberi jaminan kerajaan akan adil kepada semua pihak ketika membangunkan projek ICT dan pemberian status MSC.
"Bagaimanapun, negeri atau kawasan yang menerimanya perlu menunjukkan kecekapan dalam pentadbiran dan pengurusan serta mampu memenuhi kriteria diperlukan untuk status MSC," katanya berucap melancarkan MSC Malaysia Cybercentre@ Meru Raya, di Padang Ipoh di sini, semalam. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali. Abdullah berkata, syarikat tempatan yang mendapat status MSC Malaysia kini mencecah lebih 1,900 syarikat dengan nilai eksport produk serta perkhidmatan berkaitan ICT mencapai RM2.7 bilion.
Beliau berkata, peluang pekerjaan yang ditawarkan di kawasan berstatus MSC Malaysia juga bertambah kepada lebih 50,000 pekerja dengan 90 peratus daripadanya adalah pekerjaan bernilai tinggi. Sementara itu, Abdullah berkata, dasar K-Perak yang dibangunkan oleh Kerajaan Perak adalah satu pelan perancangan yang mampu melonjakkan Perak ke tahap negeri maju. "Saya menganggap dasar K-Perak-2010 dan peluasan kawasan MSC Malaysia di Meru Raya sebagai inisiatif yang tepat pada masanya, selaras dengan tujuan utama Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)," katanya. Pada sidang media pada akhir lawatan dua hari ke Perak, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Russia yang menawarkan tempat untuk angkasawan kedua Malaysia ke angkasa lepas.
Abdullah berkata, kerajaan perlu menelitinya sebelum membuat sebarang keputusan muktamad, termasuk jika ada syarat tambahan. Mengenai bonus kakitangan awam, Abdullah berkata beliau sudah membuat kenyataan mengenainya baru-baru ini, dan tiada penjelasan baru untuk dibuat.
Ulasan: Saya sebagai anak negeri perak merasa bangga kerana negeri perak telah menjadi satu bandar ICT yang sama tanding dengan bandar ICT yang lain dimana negeri perak telah diiktiraf sebagai MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya yang telah diadakan di Padang Ipoh.
Dengan ini ia akan menaikan sektor ekonomi Negeri Perak serta membuka luas peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri perak serta kepada penduduk negeri lain yang berkebolehan.
Selain itu ia juga menaikkan negeri Perak ke tahap negeri maju serta akan meningkatkan pendapatan negara kerana ia turut mendapat perhatian dari negara luar.
Tuesday, October 23, 2007
Sumber Data
Dari hasil analisis yang dilakukan dalam kajian ini saya memperolehi dari data primer dan juga data sekunder.
- Data primer: hasil dari maklum balas pihak responden(35 responden)
- Data sekunder: perolehan data dari Majlis Pegawai Daerah Kota Tinggi
- Jumlah kerugian perniagaan
- Bantuan yang telah diberikan
- Langkah yang telah dilaksanakan, sedang
dilaksanakan dan akan dilaksanakan.
Friday, October 19, 2007
Analisis Kajian
Borang soal selidik yang berkaitan'Impak Banjir Ke Atas Sektor Ekonomi Bandar'di laksanakan kepada 35 orang responden di Bandar Kota Tinggi. Di mana ia terdiri daripada 62% adalah kaum Melayu, 12% adalah kaum Cina dan India. Manakala yang selebihnya ialah kaum lain-lain iaitu 14%.
Daripada 35 borang soal selidik yang dijalankan 26% di ajukan kepada pekerja di premis berkenaan dan 74% adalah kepada pemilik kedai berkenaan.
Keseluruhan daripada maklum balas yang diperolehi daripada pihak responden rata-ratanya menyatakan bahawa banjir pada kali ini adalah yang amat buruk sekali. Kesanya terhadap sektor ekonomi di bandar Kota Tinggi menyebabkan perjalanan perniagaan mereka tergendala dan sekali gus menyebabkan sumber pendapatan mereka terjejas. Selain itu mereka juga terpaksa menanggung kerugian yang tinggi. Menurut mereka lagi ada sebilangan dari rakan perniagaan mereka yang terpaksa tutup perniagaan kerana kerugian yang ditanggung sangat tinggi.
Secara keseluruhannya pihak responden yang kami temui berharap agar pihak-pihak tertentu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menangani masalah ini. Namun responden-responden ini juga akan sentiasa lebih peka sekiranya kejadian ini berlaku lagi dan mengambil langkah awal yang boleh.

Subscribe to:
Posts (Atom)