Showing posts with label Pembandaran Bandar. Show all posts
Showing posts with label Pembandaran Bandar. Show all posts

Sunday, September 30, 2007

makna slum

"slum"
istilah ini sering digunakan oleh ahli ilmu sosial untuk menggambarkan petempatan miskin namun belum ada kesatuan konseptualisasi. bergel (1970) mendifinisikan "slum" dalam erti fizikal dan sosial sehingga lebih sesuai untuk diterima berbanding pengertian lain yang hanya memberi makna dari aspek fizikal sahaja. dimana bergel merumuskan "slum" sebagai suatu kawasan petempatan yang padat penduduk miskin dengan jenis bangunan-bangunan substandard. contoh negara adalah indonesia.

Sunday, September 23, 2007

Pengertian ‘urbanisasi’.

Proses pembandaran – menggambarkan perkembangan sesuatu kawasan desa menjadi Bandar yang lebih menekankan proses perkembangan fizikal dan masyarakatnya.

Penghijrahan ke bandar – berpindahnya penduduk desa ke bandar terutama kesan dari proses pembandaran termasuklah pelbagai masalah lain yang timbul bersamanya.
Malaysia selepas “50 Tahun Kemerdekaan”.

Selepas mencapai kemerdekaan pada “31 0gos 1957” Tanah Melayu atau sekarang dikenali sebagai Malaysia telah melakukan pelbagai pembangunan dan pertumbuhan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya.
Sekarang negara Malaysia adalah sebuah negara membangun. Sepanjang 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, kita dapat melihat perubahan pembangunan dari sebelum kita dijajah, semasa kita dijajah dan juga selepas kita bebas. Perkembangan pembangunan yang pesat ini mewujudkan Bandaraya Kuala Lumpur yang gah dengan pelbagai bentuk kemajuannya. Misalnya, kita lihat pembinaan bandar Putrajaya yang begitu cantik dengan pelbagai reka bentuk bangunannya. Ini menunjukkan negara kita sebuah negara yang membangun. Kesannya, ramai golongan belia dari luar bandar berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan. Berbanding dahulu golongan ini hanya melakukan kerja-kerja kampung. Selain itu, kita juga lihat sekarang bukan sahaja penduduk luar bandar ke bandar tetapi banyak berlaku migran asing yang datang ke negara kita untuk mencari pekerjaan. Ini menyebabkan peningkatan masalah dari sudut sosial.
Malah negara kita juga mengalami perubahan selepas kemerdekaan iaitu perubahan masyarakat ke arah tahap perindustrian. Perkembangan sektor perindustrian ini menyebabkan pembangunan negara semakin meningkat. Malah banyak pembinaan kilang dilakukan di bandar-bandar kecil dan juga kawasan wilayah yang sesuai dengan pengeluaran produk yang dihasilkan. Ini secara langsung menyebabkan banyak berlaku migran luar bandar ke bandar dan seterusnya menaikkan taraf bandar tersebut.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menghargai apa yang kita miliki sekarang dan pertahankannya untuk generasi seterusnya.