Malaysia selepas “50 Tahun Kemerdekaan”.
Selepas mencapai kemerdekaan pada “31 0gos 1957” Tanah Melayu atau sekarang dikenali sebagai Malaysia telah melakukan pelbagai pembangunan dan pertumbuhan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya.
Sekarang negara Malaysia adalah sebuah negara membangun. Sepanjang 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, kita dapat melihat perubahan pembangunan dari sebelum kita dijajah, semasa kita dijajah dan juga selepas kita bebas. Perkembangan pembangunan yang pesat ini mewujudkan Bandaraya Kuala Lumpur yang gah dengan pelbagai bentuk kemajuannya. Misalnya, kita lihat pembinaan bandar Putrajaya yang begitu cantik dengan pelbagai reka bentuk bangunannya. Ini menunjukkan negara kita sebuah negara yang membangun. Kesannya, ramai golongan belia dari luar bandar berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan. Berbanding dahulu golongan ini hanya melakukan kerja-kerja kampung. Selain itu, kita juga lihat sekarang bukan sahaja penduduk luar bandar ke bandar tetapi banyak berlaku migran asing yang datang ke negara kita untuk mencari pekerjaan. Ini menyebabkan peningkatan masalah dari sudut sosial.
Malah negara kita juga mengalami perubahan selepas kemerdekaan iaitu perubahan masyarakat ke arah tahap perindustrian. Perkembangan sektor perindustrian ini menyebabkan pembangunan negara semakin meningkat. Malah banyak pembinaan kilang dilakukan di bandar-bandar kecil dan juga kawasan wilayah yang sesuai dengan pengeluaran produk yang dihasilkan. Ini secara langsung menyebabkan banyak berlaku migran luar bandar ke bandar dan seterusnya menaikkan taraf bandar tersebut.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menghargai apa yang kita miliki sekarang dan pertahankannya untuk generasi seterusnya.
Sunday, September 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment