Sunday, September 23, 2007

Penemuan Kajian

PENEMUAN KAJIAN

Kumpulan kami iaitu “SriKandi” telah menjalankan soal selidik kepada 35 orang responden yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu, Melayu, Cina, India dan juga kaum mainoriti lain yang tinggal di Kota Tinggi.
Hasil maklumat yang diperolehi daripada 35 borang selidik yang diisi oleh pihak responden kumpulan kami mengenalpasti bahawa sektor ekonomi di Bandar Kota Tinggi menunjukkan peningkatan ekonomi dari hari ke hari. Malah pengumpulan data dari kaedah primer yang kumpulan kami perolehi ini juga menunjukkan rata-rata peniaga yang masih meneruskan perniagaan mempunyai cerita yang tersendiri mengenai banjir yang berlaku.
Objektif yang kumpulan kami tetapkan dalam penyelidikan ini secara keseluruhannya mencapai objektif. Dimana sektor ekonomi di Bandar Kota Tinggi walaupun lumpuh seketika akibat dilanda banjir yang teruk namun ia semakin pulih. Malah peningkatan ini akan bertambah apabila tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang semakin menjelang diikuti perayaan seterusnya sepanjang tahun ini.
Seterusnya, menerusi perhatian dari pihak tertentu, kami mendapati terdapat pelbagai langkah-langkah dalam perancangan, bakal serta yang telah dilaksanakan oleh pihak yang terlibat terutamanya oleh Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dari segi pembangunan, penyelenggaraan serta bantuan untuk mangsa-mangsa banjir bagi mengatasi masalah banjir. Pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan dan penyelenggaraan adalah MDKT sendiri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian serta semua agensi-agensi awam yang lain
Berdasarkan Laporan Prestasi Kewangan dan Fizikal yang diberikan, didapati terdapat lebih 70 buah projek banjir yang terbahagi kepada dua fasa yang bermula awal Febuari 2007 telah siap dilaksanakan. Jumlah keseluruhan bagi projek fasa 1 adalah sebanyak RM1.4 juta dan fasa 2 RM7529,970. Selain itu, projek mendalamkan sungai dilakukan dengan peruntukan berjumlah RM60 juta sepanjang 16km bermula dari kawasan Kampung Panti ke Sungai Bang.
Malah dari borang selidik ini juga pihak responden menyatakan harapan agar segala apa yang dirancangkan akan terlaksana dan berharap segala bantuan yang sepatutnya diterima oleh mereka patut diberikan secara sistematik agar tidak timbul kekecohan.
Kesimpulannya, apa yang kumpulan kami perolehi dalam kajian ini akan memberi sedikit maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai tentang kejadian banjir di Kota Tinggi.

No comments: