Friday, August 17, 2007

berita

BERITA…
Hujan lebat yang melanda negeri Johor selama beberapa hari telah menyebabkan banjir di beberapa daerah di negeri Johor. Menurut dari laporan yang disampaikan oleh penyampai Buletin Utama di TV3 pada 19 Disember 2006 iaitu pada hari Selasa melaporkan banjir yang berlaku di Negeri Johor melanda secara tiba-tiba di mana pada ketika itu seluruh jentera penyelamat banjir diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Kelantan dan Terengganu.
Menurut dari laporan yang disampaikan oleh penyampai Buletin Utama TV3 itu juga menyatakan hujan yang turun lebih dari 48 jam tanpa henti sejak Ahad lalu telah menyebabkan berlakunya banjir di empat daerah. Empat daerah yang terlibat ialah Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, dan Johor Baharu. Daerah yang paling teruk dilanda banjir ialah Kota Tinggi. Penduduk yang tinggal di daerah terbabit dianggarkan hampir 10 ribu terpaksa di pindahkan ke-17 pusat pemindahan banjir yang ditetapkan.
Kesan dari banjir yang melanda menyebabkan beberapa laluan ke daerah itu hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja. Hujan lebat yang diramalkan berterusan sehingga Jumaat ini dijangka mengakibatkan keadaan lebih teruk lagi. Menteri di Jabatan Perdan Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang bertanggungjawab mengenai bencana berkata, paras hujan di Johor kini di tahap merah. Keadaan ini mengakibatkan Sungai Skudai, Sungai Cheah, dan Sungai Segamat berada di paras bahaya. Malah beliau juga telah membuat lawatan di pusat pemindahan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi. Turut hadir bersama, EXCO Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Johor, Datuk Halimah Sadiq. Malah beliau juga turut menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada mangsa banjir yang terlibat.

No comments: