Sunday, September 30, 2007

makna slum

"slum"
istilah ini sering digunakan oleh ahli ilmu sosial untuk menggambarkan petempatan miskin namun belum ada kesatuan konseptualisasi. bergel (1970) mendifinisikan "slum" dalam erti fizikal dan sosial sehingga lebih sesuai untuk diterima berbanding pengertian lain yang hanya memberi makna dari aspek fizikal sahaja. dimana bergel merumuskan "slum" sebagai suatu kawasan petempatan yang padat penduduk miskin dengan jenis bangunan-bangunan substandard. contoh negara adalah indonesia.

Sunday, September 23, 2007

Pengertian ‘urbanisasi’.

Proses pembandaran – menggambarkan perkembangan sesuatu kawasan desa menjadi Bandar yang lebih menekankan proses perkembangan fizikal dan masyarakatnya.

Penghijrahan ke bandar – berpindahnya penduduk desa ke bandar terutama kesan dari proses pembandaran termasuklah pelbagai masalah lain yang timbul bersamanya.
Malaysia selepas “50 Tahun Kemerdekaan”.

Selepas mencapai kemerdekaan pada “31 0gos 1957” Tanah Melayu atau sekarang dikenali sebagai Malaysia telah melakukan pelbagai pembangunan dan pertumbuhan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya.
Sekarang negara Malaysia adalah sebuah negara membangun. Sepanjang 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, kita dapat melihat perubahan pembangunan dari sebelum kita dijajah, semasa kita dijajah dan juga selepas kita bebas. Perkembangan pembangunan yang pesat ini mewujudkan Bandaraya Kuala Lumpur yang gah dengan pelbagai bentuk kemajuannya. Misalnya, kita lihat pembinaan bandar Putrajaya yang begitu cantik dengan pelbagai reka bentuk bangunannya. Ini menunjukkan negara kita sebuah negara yang membangun. Kesannya, ramai golongan belia dari luar bandar berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan. Berbanding dahulu golongan ini hanya melakukan kerja-kerja kampung. Selain itu, kita juga lihat sekarang bukan sahaja penduduk luar bandar ke bandar tetapi banyak berlaku migran asing yang datang ke negara kita untuk mencari pekerjaan. Ini menyebabkan peningkatan masalah dari sudut sosial.
Malah negara kita juga mengalami perubahan selepas kemerdekaan iaitu perubahan masyarakat ke arah tahap perindustrian. Perkembangan sektor perindustrian ini menyebabkan pembangunan negara semakin meningkat. Malah banyak pembinaan kilang dilakukan di bandar-bandar kecil dan juga kawasan wilayah yang sesuai dengan pengeluaran produk yang dihasilkan. Ini secara langsung menyebabkan banyak berlaku migran luar bandar ke bandar dan seterusnya menaikkan taraf bandar tersebut.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menghargai apa yang kita miliki sekarang dan pertahankannya untuk generasi seterusnya.

Penemuan Kajian

PENEMUAN KAJIAN

Kumpulan kami iaitu “SriKandi” telah menjalankan soal selidik kepada 35 orang responden yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu, Melayu, Cina, India dan juga kaum mainoriti lain yang tinggal di Kota Tinggi.
Hasil maklumat yang diperolehi daripada 35 borang selidik yang diisi oleh pihak responden kumpulan kami mengenalpasti bahawa sektor ekonomi di Bandar Kota Tinggi menunjukkan peningkatan ekonomi dari hari ke hari. Malah pengumpulan data dari kaedah primer yang kumpulan kami perolehi ini juga menunjukkan rata-rata peniaga yang masih meneruskan perniagaan mempunyai cerita yang tersendiri mengenai banjir yang berlaku.
Objektif yang kumpulan kami tetapkan dalam penyelidikan ini secara keseluruhannya mencapai objektif. Dimana sektor ekonomi di Bandar Kota Tinggi walaupun lumpuh seketika akibat dilanda banjir yang teruk namun ia semakin pulih. Malah peningkatan ini akan bertambah apabila tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang semakin menjelang diikuti perayaan seterusnya sepanjang tahun ini.
Seterusnya, menerusi perhatian dari pihak tertentu, kami mendapati terdapat pelbagai langkah-langkah dalam perancangan, bakal serta yang telah dilaksanakan oleh pihak yang terlibat terutamanya oleh Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dari segi pembangunan, penyelenggaraan serta bantuan untuk mangsa-mangsa banjir bagi mengatasi masalah banjir. Pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan dan penyelenggaraan adalah MDKT sendiri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian serta semua agensi-agensi awam yang lain
Berdasarkan Laporan Prestasi Kewangan dan Fizikal yang diberikan, didapati terdapat lebih 70 buah projek banjir yang terbahagi kepada dua fasa yang bermula awal Febuari 2007 telah siap dilaksanakan. Jumlah keseluruhan bagi projek fasa 1 adalah sebanyak RM1.4 juta dan fasa 2 RM7529,970. Selain itu, projek mendalamkan sungai dilakukan dengan peruntukan berjumlah RM60 juta sepanjang 16km bermula dari kawasan Kampung Panti ke Sungai Bang.
Malah dari borang selidik ini juga pihak responden menyatakan harapan agar segala apa yang dirancangkan akan terlaksana dan berharap segala bantuan yang sepatutnya diterima oleh mereka patut diberikan secara sistematik agar tidak timbul kekecohan.
Kesimpulannya, apa yang kumpulan kami perolehi dalam kajian ini akan memberi sedikit maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai tentang kejadian banjir di Kota Tinggi.

Saturday, September 8, 2007

PENGALAMAN SEMASA MENJALANKAN PENYELIDIKAN.

Sewaktu saya menjalankan soal selidik kepada pihak responden yang terdiri daripada pekedai-pekedai saya dapat lihat pelbagai reaksi dan maklum balas dari mereka mengenai kejadian banjir yang berlaku di Kota Tinggi. Kebanyakkan dari mereka masih dalam trauma. Salah seorang responden yang kumpulan kami soal selidik iaitu pemilik kedai pakaian kami dapat melihat matanya berair apabila kumpulan kami menanyakan soalan yang terdapat dalan soalan soal selidik kumpulan kami. Malah, kumpulan kami juga menghadapi kesukaran apabila terdapat sesetengah pekedai-pekedai yang tidak mahu di soal selidik oleh kumpulan kami. Selain itu, saya juga melihat masih ada kedai-kedai yang terbiar begitu sahaja selepas kejadian banjir yang berlaku. Malah, saya dan bersama ahli kumpulan yang lain turut mendapat pengalaman sewaktu di Majlis Daerah Kota Tinggi dimana kami diberitahu maklumat berkaitan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, bentuk bantuan yang diberi dan seterusnya langkah bagi meningkatkan sektor ekonomi di Kota Tinggi.
TENTATIF PROGRAM KERJA LAPANGAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

Sabtu: 01/09/07
08.00am: Berkumpul di hentian bas kolej za’ba
09.00am: Bertolak ke Kota Tinggi
02.00pm: Sampai di Kota Tinggi/ Check in Hotel (Pilton Hotel)
04.00pm: Aktiviti fieldwork
06.00pm: Tamat sesi pertama fieldwork (hasil: 11 responden)
07.00pm: Rehat dan Solat
08.00pm: Aktiviti bebas/ perbincangan kumpulan (SriKandi)
11.00pm: Pulang ke kamar masing-masing

Ahad: 02/09/07
08.30am: Sarapan bersama ahli kumpulan
09.00am: Aktiviti fieldwork
01.30pm: Rehat/Solat
02.30pm: Sambung aktiviti fieldwork
04.00pm: Tamat sesi ke-2 aktiviti fieldwork (hasil: 19 responden)
05.00pm: Aktiviti bebas
08.00pm: Perbincangan kumpulan
11.00pm: Pulang ke kamar masing-masing

Isnin: 03/09/07
08.30am: Sarapan bersama ahli kumpulan
09.00am: Berangkat ke Majlis Daerah Kota Tinggi **
11.45am: Kembali ke Hotel
12.00pm: Check out Hotel/ Makan tengahari
02.00pm: Kembali ke Majlis Daerah Kota Tinggi
04.00pm: Bertolak ke UKM

** Untuk kumpulan yang menjalankan penyelidikan dengan pihak government

Monday, September 3, 2007

AKTIVITI ESOK…(01/09/07)

Esok (01/09/07) merupakan hari di mana saya bersama rakan-rakan lain akan berangkat ke Kota Tinggi. Saya berasa gembira dapat pergi ke Negeri Johor kerana saya belum pernah pergi ke sana. Saya juga berharap agar segala perancangan dan aktiviti yang akan kami lakukan di sana akan berjalan dengan lancar dan saya bersama kumpulan kami iaitu Srikandi dapat membuat yang terbaik dalam kajian selidik kumpulan kami iaitu mengenai “ Impak Banjir Ke Atas Sektor Ekonomi Bandar”.

p/s: hari ni baru dapat letak sebab 31/o8/07 semua cc tutup la...
SALAM MERDEKA…(31/08/07)

Saya nak mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-50" kepada Prof. Hamzah, Pn. Masitah, rakan-sekelas dan juga kepada seluruh warga Malaysia.