Tuesday, October 23, 2007

Perluas status MSC ikut kemampuan negeri: PM

Oleh Ridzuan Yop dan Shamsul Kamal Amarudin

Kerajaan tidak pilih kasih maju teknologi maklumat, telekomunikasi

IPOH: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan akan memperluaskan Koridor Raya Multimedia (MSC) ke seluruh negara tanpa meminggirkan mana-mana negeri atau kawasan dalam usaha memajukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara. Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam agenda melaksanakan pembangunan ICT atau ketika penganugerahan status MSC kepada mana-mana kawasan dan negeri. "Saya memberi jaminan kerajaan akan adil kepada semua pihak ketika membangunkan projek ICT dan pemberian status MSC.
"Bagaimanapun, negeri atau kawasan yang menerimanya perlu menunjukkan kecekapan dalam pentadbiran dan pengurusan serta mampu memenuhi kriteria diperlukan untuk status MSC," katanya berucap melancarkan MSC Malaysia Cybercentre@ Meru Raya, di Padang Ipoh di sini, semalam. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali. Abdullah berkata, syarikat tempatan yang mendapat status MSC Malaysia kini mencecah lebih 1,900 syarikat dengan nilai eksport produk serta perkhidmatan berkaitan ICT mencapai RM2.7 bilion.

Beliau berkata, peluang pekerjaan yang ditawarkan di kawasan berstatus MSC Malaysia juga bertambah kepada lebih 50,000 pekerja dengan 90 peratus daripadanya adalah pekerjaan bernilai tinggi. Sementara itu, Abdullah berkata, dasar K-Perak yang dibangunkan oleh Kerajaan Perak adalah satu pelan perancangan yang mampu melonjakkan Perak ke tahap negeri maju. "Saya menganggap dasar K-Perak-2010 dan peluasan kawasan MSC Malaysia di Meru Raya sebagai inisiatif yang tepat pada masanya, selaras dengan tujuan utama Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)," katanya. Pada sidang media pada akhir lawatan dua hari ke Perak, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Russia yang menawarkan tempat untuk angkasawan kedua Malaysia ke angkasa lepas.

Abdullah berkata, kerajaan perlu menelitinya sebelum membuat sebarang keputusan muktamad, termasuk jika ada syarat tambahan. Mengenai bonus kakitangan awam, Abdullah berkata beliau sudah membuat kenyataan mengenainya baru-baru ini, dan tiada penjelasan baru untuk dibuat.

Ulasan: Saya sebagai anak negeri perak merasa bangga kerana negeri perak telah menjadi satu bandar ICT yang sama tanding dengan bandar ICT yang lain dimana negeri perak telah diiktiraf sebagai MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya yang telah diadakan di Padang Ipoh.

Dengan ini ia akan menaikan sektor ekonomi Negeri Perak serta membuka luas peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri perak serta kepada penduduk negeri lain yang berkebolehan.

Selain itu ia juga menaikkan negeri Perak ke tahap negeri maju serta akan meningkatkan pendapatan negara kerana ia turut mendapat perhatian dari negara luar.

Sumber Data

Dari hasil analisis yang dilakukan dalam kajian ini saya memperolehi dari data primer dan juga data sekunder.

  • Data primer: hasil dari maklum balas pihak responden(35 responden)
  • Data sekunder: perolehan data dari Majlis Pegawai Daerah Kota Tinggi

- Jumlah kerugian perniagaan

- Bantuan yang telah diberikan

- Langkah yang telah dilaksanakan, sedang

dilaksanakan dan akan dilaksanakan.

Friday, October 19, 2007

Analisis Kajian

Borang soal selidik yang berkaitan'Impak Banjir Ke Atas Sektor Ekonomi Bandar'di laksanakan kepada 35 orang responden di Bandar Kota Tinggi. Di mana ia terdiri daripada 62% adalah kaum Melayu, 12% adalah kaum Cina dan India. Manakala yang selebihnya ialah kaum lain-lain iaitu 14%.
Daripada 35 borang soal selidik yang dijalankan 26% di ajukan kepada pekerja di premis berkenaan dan 74% adalah kepada pemilik kedai berkenaan.
Keseluruhan daripada maklum balas yang diperolehi daripada pihak responden rata-ratanya menyatakan bahawa banjir pada kali ini adalah yang amat buruk sekali. Kesanya terhadap sektor ekonomi di bandar Kota Tinggi menyebabkan perjalanan perniagaan mereka tergendala dan sekali gus menyebabkan sumber pendapatan mereka terjejas. Selain itu mereka juga terpaksa menanggung kerugian yang tinggi. Menurut mereka lagi ada sebilangan dari rakan perniagaan mereka yang terpaksa tutup perniagaan kerana kerugian yang ditanggung sangat tinggi.
Secara keseluruhannya pihak responden yang kami temui berharap agar pihak-pihak tertentu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menangani masalah ini. Namun responden-responden ini juga akan sentiasa lebih peka sekiranya kejadian ini berlaku lagi dan mengambil langkah awal yang boleh.
Identiti Diri
Nama : Noraina binti Kamaruddin ( A112464), Subjek : Urbanisasi dan Pembangunan Bandar, Fakulti : Sains Sosial dan Kemanusiaan, Program : Sains Pembangunan, Nama Bapa : Kamaruddin bin Khalid, Nama Ibu : Ramlah binti Lop, Hobi : Membaca Novel, Prinsip : Jangan Cepat Menyerah Kalah!!!

Sunday, September 30, 2007

makna slum

"slum"
istilah ini sering digunakan oleh ahli ilmu sosial untuk menggambarkan petempatan miskin namun belum ada kesatuan konseptualisasi. bergel (1970) mendifinisikan "slum" dalam erti fizikal dan sosial sehingga lebih sesuai untuk diterima berbanding pengertian lain yang hanya memberi makna dari aspek fizikal sahaja. dimana bergel merumuskan "slum" sebagai suatu kawasan petempatan yang padat penduduk miskin dengan jenis bangunan-bangunan substandard. contoh negara adalah indonesia.

Sunday, September 23, 2007

Pengertian ‘urbanisasi’.

Proses pembandaran – menggambarkan perkembangan sesuatu kawasan desa menjadi Bandar yang lebih menekankan proses perkembangan fizikal dan masyarakatnya.

Penghijrahan ke bandar – berpindahnya penduduk desa ke bandar terutama kesan dari proses pembandaran termasuklah pelbagai masalah lain yang timbul bersamanya.
Malaysia selepas “50 Tahun Kemerdekaan”.

Selepas mencapai kemerdekaan pada “31 0gos 1957” Tanah Melayu atau sekarang dikenali sebagai Malaysia telah melakukan pelbagai pembangunan dan pertumbuhan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya.
Sekarang negara Malaysia adalah sebuah negara membangun. Sepanjang 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, kita dapat melihat perubahan pembangunan dari sebelum kita dijajah, semasa kita dijajah dan juga selepas kita bebas. Perkembangan pembangunan yang pesat ini mewujudkan Bandaraya Kuala Lumpur yang gah dengan pelbagai bentuk kemajuannya. Misalnya, kita lihat pembinaan bandar Putrajaya yang begitu cantik dengan pelbagai reka bentuk bangunannya. Ini menunjukkan negara kita sebuah negara yang membangun. Kesannya, ramai golongan belia dari luar bandar berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan. Berbanding dahulu golongan ini hanya melakukan kerja-kerja kampung. Selain itu, kita juga lihat sekarang bukan sahaja penduduk luar bandar ke bandar tetapi banyak berlaku migran asing yang datang ke negara kita untuk mencari pekerjaan. Ini menyebabkan peningkatan masalah dari sudut sosial.
Malah negara kita juga mengalami perubahan selepas kemerdekaan iaitu perubahan masyarakat ke arah tahap perindustrian. Perkembangan sektor perindustrian ini menyebabkan pembangunan negara semakin meningkat. Malah banyak pembinaan kilang dilakukan di bandar-bandar kecil dan juga kawasan wilayah yang sesuai dengan pengeluaran produk yang dihasilkan. Ini secara langsung menyebabkan banyak berlaku migran luar bandar ke bandar dan seterusnya menaikkan taraf bandar tersebut.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menghargai apa yang kita miliki sekarang dan pertahankannya untuk generasi seterusnya.

Penemuan Kajian

PENEMUAN KAJIAN

Kumpulan kami iaitu “SriKandi” telah menjalankan soal selidik kepada 35 orang responden yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu, Melayu, Cina, India dan juga kaum mainoriti lain yang tinggal di Kota Tinggi.
Hasil maklumat yang diperolehi daripada 35 borang selidik yang diisi oleh pihak responden kumpulan kami mengenalpasti bahawa sektor ekonomi di Bandar Kota Tinggi menunjukkan peningkatan ekonomi dari hari ke hari. Malah pengumpulan data dari kaedah primer yang kumpulan kami perolehi ini juga menunjukkan rata-rata peniaga yang masih meneruskan perniagaan mempunyai cerita yang tersendiri mengenai banjir yang berlaku.
Objektif yang kumpulan kami tetapkan dalam penyelidikan ini secara keseluruhannya mencapai objektif. Dimana sektor ekonomi di Bandar Kota Tinggi walaupun lumpuh seketika akibat dilanda banjir yang teruk namun ia semakin pulih. Malah peningkatan ini akan bertambah apabila tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang semakin menjelang diikuti perayaan seterusnya sepanjang tahun ini.
Seterusnya, menerusi perhatian dari pihak tertentu, kami mendapati terdapat pelbagai langkah-langkah dalam perancangan, bakal serta yang telah dilaksanakan oleh pihak yang terlibat terutamanya oleh Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dari segi pembangunan, penyelenggaraan serta bantuan untuk mangsa-mangsa banjir bagi mengatasi masalah banjir. Pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan dan penyelenggaraan adalah MDKT sendiri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian serta semua agensi-agensi awam yang lain
Berdasarkan Laporan Prestasi Kewangan dan Fizikal yang diberikan, didapati terdapat lebih 70 buah projek banjir yang terbahagi kepada dua fasa yang bermula awal Febuari 2007 telah siap dilaksanakan. Jumlah keseluruhan bagi projek fasa 1 adalah sebanyak RM1.4 juta dan fasa 2 RM7529,970. Selain itu, projek mendalamkan sungai dilakukan dengan peruntukan berjumlah RM60 juta sepanjang 16km bermula dari kawasan Kampung Panti ke Sungai Bang.
Malah dari borang selidik ini juga pihak responden menyatakan harapan agar segala apa yang dirancangkan akan terlaksana dan berharap segala bantuan yang sepatutnya diterima oleh mereka patut diberikan secara sistematik agar tidak timbul kekecohan.
Kesimpulannya, apa yang kumpulan kami perolehi dalam kajian ini akan memberi sedikit maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai tentang kejadian banjir di Kota Tinggi.

Saturday, September 8, 2007

PENGALAMAN SEMASA MENJALANKAN PENYELIDIKAN.

Sewaktu saya menjalankan soal selidik kepada pihak responden yang terdiri daripada pekedai-pekedai saya dapat lihat pelbagai reaksi dan maklum balas dari mereka mengenai kejadian banjir yang berlaku di Kota Tinggi. Kebanyakkan dari mereka masih dalam trauma. Salah seorang responden yang kumpulan kami soal selidik iaitu pemilik kedai pakaian kami dapat melihat matanya berair apabila kumpulan kami menanyakan soalan yang terdapat dalan soalan soal selidik kumpulan kami. Malah, kumpulan kami juga menghadapi kesukaran apabila terdapat sesetengah pekedai-pekedai yang tidak mahu di soal selidik oleh kumpulan kami. Selain itu, saya juga melihat masih ada kedai-kedai yang terbiar begitu sahaja selepas kejadian banjir yang berlaku. Malah, saya dan bersama ahli kumpulan yang lain turut mendapat pengalaman sewaktu di Majlis Daerah Kota Tinggi dimana kami diberitahu maklumat berkaitan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, bentuk bantuan yang diberi dan seterusnya langkah bagi meningkatkan sektor ekonomi di Kota Tinggi.
TENTATIF PROGRAM KERJA LAPANGAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

Sabtu: 01/09/07
08.00am: Berkumpul di hentian bas kolej za’ba
09.00am: Bertolak ke Kota Tinggi
02.00pm: Sampai di Kota Tinggi/ Check in Hotel (Pilton Hotel)
04.00pm: Aktiviti fieldwork
06.00pm: Tamat sesi pertama fieldwork (hasil: 11 responden)
07.00pm: Rehat dan Solat
08.00pm: Aktiviti bebas/ perbincangan kumpulan (SriKandi)
11.00pm: Pulang ke kamar masing-masing

Ahad: 02/09/07
08.30am: Sarapan bersama ahli kumpulan
09.00am: Aktiviti fieldwork
01.30pm: Rehat/Solat
02.30pm: Sambung aktiviti fieldwork
04.00pm: Tamat sesi ke-2 aktiviti fieldwork (hasil: 19 responden)
05.00pm: Aktiviti bebas
08.00pm: Perbincangan kumpulan
11.00pm: Pulang ke kamar masing-masing

Isnin: 03/09/07
08.30am: Sarapan bersama ahli kumpulan
09.00am: Berangkat ke Majlis Daerah Kota Tinggi **
11.45am: Kembali ke Hotel
12.00pm: Check out Hotel/ Makan tengahari
02.00pm: Kembali ke Majlis Daerah Kota Tinggi
04.00pm: Bertolak ke UKM

** Untuk kumpulan yang menjalankan penyelidikan dengan pihak government

Monday, September 3, 2007

AKTIVITI ESOK…(01/09/07)

Esok (01/09/07) merupakan hari di mana saya bersama rakan-rakan lain akan berangkat ke Kota Tinggi. Saya berasa gembira dapat pergi ke Negeri Johor kerana saya belum pernah pergi ke sana. Saya juga berharap agar segala perancangan dan aktiviti yang akan kami lakukan di sana akan berjalan dengan lancar dan saya bersama kumpulan kami iaitu Srikandi dapat membuat yang terbaik dalam kajian selidik kumpulan kami iaitu mengenai “ Impak Banjir Ke Atas Sektor Ekonomi Bandar”.

p/s: hari ni baru dapat letak sebab 31/o8/07 semua cc tutup la...
SALAM MERDEKA…(31/08/07)

Saya nak mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-50" kepada Prof. Hamzah, Pn. Masitah, rakan-sekelas dan juga kepada seluruh warga Malaysia.

Thursday, August 30, 2007

PENAMBAHBAIKAN LAGI……KALI KE-3(30/08/07)

Berjumpa lagi kita dalam ruangan blog urbanisasi ini. Seperti yang di nyatakan dalam cacatan saya yang lepas, kumpulan kami iaitu Srikandi telah menunjukkan soalan –soalan soal selidik kumpulan kami kepada Prof. Hamzah. Hasil dari perjumpaan itu, Prof Hamzah telah memberi komennya terhadap kerja kumpulan kami. Namun kumpulan kami bersyukur kerana tidak banyak yang dikomenkan hanya perlu membuat pembetulan sedikit sahaja dalam borang kaji selidik kami iaitu dari segi struktur ayat dan turutan soalan. Berikut ialah borang kajian selidik kami setelah di buat pembetulan:

SOALAN


1. Jenis perniagaan yang dijalankan:

Restauran
Kedai Pakaian
Kedai Serbaneka
Lain-lain

2. Hak milik premis:

Sendiri
Sewa

3. Sudah berapa lama beroperasi?

< setahun
1-5 tahun
6-10 tahun
>10 tahun

4. Berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga:

< RM10 ribu
RM10 ribu
RM20 ribu
>RM20 ribu



5. Pendapatan selepas banjir, sama ada meningkat atau menurun:

Meningkat
Menurun

6. Adakah mendapat bantuan?

Ya
Tidak

7. Jika ada, apakah bentuk bantuan yang diterima?

Kerajaan
NGO
Persendirian

8. Adakah barang atau peralatan dapat diselamatkan semasa banjir berlaku?

Ya
Tidak

9. Adakah pemilik premis sekarang adalah pemilik baru atau lama?

Baru
Lama

10. Dari segi psikologi, adakah mengalami trauma kesan daripada berlakunya banjir tersebut?

Ya
Tidak

SOALAN TEMUBUAL

11. Selepas banjir besar, kenapa sanggup ambil risiko untuk meneruskan perniagaan?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________


12. Untuk pulih kembali, apakah bentuk promosi yang dilakukan untuk menarik minat
kembali pembeli?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

13. Barang atau peralatan yang sudah rosak atau masih boleh digunakan, dibuang atau
dijual kembali?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

14. Rancangan masa depan dalam menangani masalah banjir ini,sekiranya berlaku lagi?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

15. Harapan atau pesanan kepada pihak terbabit dalam mengatasi masalah banjir dari terus berulang pada masa hadapan.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
AKTIVITI KULIAH HARI INI. (27/08/07)

Assalamualaikum, hari ini di dalam bilik kuliah 3A510 bersama Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh kami membincangkan segala perancangan dan persiapan untuk aktiviti kerja lapangan ke Kota Tinggi pada 01/09/07 agar segalanya berjalan lancar. Dimana setiap ketua membentangkan laporan mereka.
Selain itu, kumpulan kami iaitu Srikandi turut meminta pendapat Prof. Hamzah mengenai soalan-soalan yang kumpulan kami sediakan untuk di tanyakan kepada pihak responden pada hari kerja lapangan nanti. Sebenarnya, kumpulan kami telah membuat sedikit pembaharuan ke atas soalan-soalan soal selidik kumpulan kami yang sebelum ini.
Malah pada hari ini timbalan ketua projek iaitu Kamariah telah mengantikan ketua projek iaitu Afeeq yang demam untuk menyampaikan serba sedikit maklumat mengenai jadual perjalanan kami ke Kota Tinggi, seperti berikut:

Hari Pertama 01/09/07(Sabtu)
Masa bertolak dari UKM : 8.00 pagi
Dijangka tiba ke Kota Tinggi : 1.00 tengahari
Aktiviti fieldwork dimulakan : Sejam selepas tiba ke Kota Tin


Hari Kedua 02/09/07(Ahad)
Aktiviti fieldwork dimulakan : 9.00 pagi

Rehat : 12.00-2.00 petang
Sambungan aktiviti fieldwork :2.00-5.00 petang

Hari Ketiga 03/39/07(Isnin)
Sambungan aktiviti fieldwork: 9.00 pagi
Rehat dan berkemas : 12.00-3.00 petan

Bertolak ke UKM: : 5.00 petang
LAPORAN KAJI SELIDIK KE-2. (24/08/07)

Hai…bertemu lagi, pada minggu ini kumpulan kami iaitu Srikandi hendak memberitahu bahawa kumpulan kami telah membuat sedikit pertambahan kepada soalan-soalan yang akan ditanyakan kepada pihak responden pada hari kerja lapangan nanti. Malah kumpulan kami juga telah menambah satu lagi kaedah iaitu soal selidik. Jika dilihat pada soalan-soalan kumpulan kami pada kertas kerja yang pertama, kumpulan kami hanya menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu ramah. Berikut ialah laporan kaji selidik kumpulan kami yang terbaru:

Isu: Impak Banjir Ke Atas Sektor Ekonomi Bandar.

Kajian kes: Premis Perniagaan di Sekitar Bandar Kota Tinggi.

Kaedah digunakan :
1) Kaedah Tinjauan
2) Pemerhatian
3) Soal Selidik
4) Temubual.

Objektif :
1) Mengetahui keadaan ekonomi bandar selepas berlaku banjir.
2) Kesan banjir terhadap ekonomi bandar dalam jangka masa pendek dan panjang.
3) Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir.
4) Harapan untuk masa depan.

Pengenalan

Menurut Ahmad Idris Md Noor (1989) dalam perbentangan kertas kerja seminarnya ”Kesan dan masalah ekonomi bandar berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru(DEB)”, ekonomi bandar merupakan ekonomi negara yang besar dimana peratus pembangunan adalah lebih besar dari ekonomi luar bandar. Ekonomi bandar dan luar bandar mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Menurut beliau, struktur bandar merupakan pertalian antara bandar-bandar yang terbentuk dalam satu hierarki. Sama seperti negara di dunia, dimana tidak semua bandar mempunyai fungsi yang sama.

Terdapat tiga jenis bandar yang dikelaskan iaitu bandar utama, bandar pertengahan atau sederhana dan bandar kecil. Bandar utama mengendalikan fungsi secara komprehensif seperti menjadi pusat kewangan, perniagaan, pengedaran, pembuatan, pelajaran tinggi serta pentadbiran. Juga membekalkan barang dan perkhidmatan yang bermutu serta kepakaran yang tinggi seperti ikhtisas dan teknologi tinggi untuk mengeluarkan barangan tersebut. Bandar kecil pula memainkan fungsi yang terhad. Fungsi ini boleh dikatakan sebagai pusat perniagaan yang kecil kepada kawasan kampung, bandar dan luar bandar. Juga membekalkan perkhidmatan serta barangan yang bermutu rendah iaitu memerlukan input kepakaran yang rendah sahaja. Manakala bagi bandar pertengahan atau sederhana pula mengendalikan pelbagai fungsi. Fungsi-fungsi ini tidak menyeluruh dan tidak mencapai tahap yang tinggi seperti fungsi-fungsi di bandar utama.

Daripada perbincangan kertas kerja seminar didapati sektor ekonomi bandar tidak diberi tempat yang sewajarnya di dalam mana-mana perancangan negara, ini menyukarkan untuk melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti dengan lebih terperinci.

Contoh soalan untuk soal selidik:

1. Jenis perniagaan yang dijalankan:

Restauran
Kedai Pakaian
Kedai Serbaneka
Lain-lain

2. Hak milik premis:

Sendiri
Sewa


3. Berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga:

< RM10 ribu
RM10 ribu
RM20 ribu
>RM20 ribu

4. Pendapatan selepas banjir, sama ada meningkat atau menurun:

Meningkat
Menurun

5. Adakah mendapat bantuan?

Ya
Tidak

6. Jika ada, apakah bentuk bantuan yang diterima?

Kerajaan
NGO
Persendirian

7. Adakah barang atau peralatan dapat diselamatkan semasa banjir berlaku?

Ya
Tidak

8. Adakah pemilik premis sekarang adalah pemilik baru atau lama?

Baru
Lama

9. Sudah berapa lama beroperasi?

< setahun
1-5 tahun
6-10 tahun
>10 tahun


10. Dari segi psikologi, adakah berlaku trauma kesan daripada berlakunya banjir tersebut?

Ya
Tidak



Soalan Struktur

11. Selepas banjir besar, kenapa sanggup ambil risiko untuk meneruskan perniagaan?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________


12. Untuk pulih kembali, apakah bentuk promosi yang dilakukan untuk menarik minat
kembali pembeli?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

13. Barang atau peralatan yang sudah rosak atau masih boleh digunakan, dibuang atau
dijual kembali?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

14. Rancangan masa depan dalam menangani masalah banjir ini,sekiranya berlaku lagi?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

15. Harapan atau pesanan kepada pihak terbabit dalam mengatasi masalah banjir dari terus berulang pada masa hadapan.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Monday, August 20, 2007

TINJAUAN AWAL KE KOTA TINGGI( kumpulan 9- srikandi)

Pada 2 dan 3 ogos 2007 yang lalu, ketua-ketua kumpulan telah melakukan tinjauan awal ke Kota Tinggi untuk melihat kawasan kajian dan kesan banjir ke atas kawasan setempat. Kumpulan kami telah di wakili oleh Nur Aifa Hazwani, selaku ketua kumpulan 9. Hasil dari maklumat beliau, pemerhatian telah dilakukan di sekitar bandar Kota Tinggi, Kampung Kelantan dan Kampung Tembioh. Selain itu, wakil kumpulan kami juga turut melakukan sedikit temubual terhadap penduduk Kampung Kelantan mengenai kesan banjir besar yang telah berlaku. Responden menyatakan banjir ini merupakan yang terburuk yang pernah melanda dan kebanyakkan dari mereka masih lagi trauma terhadap kejadian banjir tersebut.

Selain itu juga, hasil temubual juga mendapati ada mangsa banjir yang tidak mendapat bantuan untuk membaiki kediaman dan peralatan yang rosak teruk dan terpaksa mencari alternatif sendiri. Penerangan juga turut diberikan oleh penghulu mukim Kota Tinggi, Wan Ismail Wan Ngah atau lebih mesra dipanggil gelaran Tok Wan dan ketua Kampung Kelantan, ustaz Latif. Tok Wan menberi penerangan mengenai keadaan banjir yang berlaku dan bentuk bantuan yang diberikan kepada mangsa. Menurut beliau, secara kasarnya 150-160 buah rumah di kg Kelantan terlibat dengan banjir manakala hampir 170 buah rumah di kg Tembioh. Lebih 10 buah rumah di kg Tembioh ranap dan ditempatkan di kuaters kerajaan. Secara kasar juga dianggarkan lebih RM 10 ribu kerugiaan yang dialami oleh setiap mangsa.

Pada 9/1/1948 merupakan tarikh terakhir Kota Tinggi dilanda banjir besar sebelum berlaku banjir yang lebih besar pada penghujung 2006 dan banjir yang berlaku pada awal tahun 2007 mengatasinya. Selepas itu, rombongan turut berkesempatan mendapat maklumat di Pejabat Daerah Kota Tinggi yang menjadi bilik gerakan apabila banjir berlaku. Kerjasama daripada pihak Pejabat Daerah dan penduduk yang sudi hadir memberitahu mengenai keadaan banjir adalah diluar jangkaan. Segala kerjasama dan kesudian dalam berkongsi maklumat kami ucapkan dengan jutaan terima kasih.

Friday, August 17, 2007

agihan kumpulan..

Sebelum kursus kami berangkat ke kawasan kerja lapangan kami iaitu Kota Tinggi, pada 31 Ogos 2007 kami telah membuat satu kumpulan kecil dimana ahli di dalam setiap kumpulan adalah seramai 4 orang. Oleh itu saya bersama 3 orang lagi rakan iaitu, Aifa, Yana dan Fatin menganggotai ‘Kumpulan 9’. Kumpulan kami telah membuat rangka kajian dimana kumpulan kami telah menyatakan isu yang akan di kaji, kajian kes yang di pilih, kaedah yang digunakan, objektif dan soalan yang akan kumpulan kami tanyakan kepada responden di sana nanti.

Kumpulan 9

Nur Aifa Hazwani Binti Hadih (Ketua)
Nurliyana Binti Hussin
Noraina Binti Kamaruddin
Fatin Nurliyana Binti Suhaimi


Isu: Impak Banjir Ke Atas Ekonomi Setempat.

Kajian kes: Premis Perniagaan di Sekitar Kawasan Kota Tinggi.

Kaedah digunakan: Melalui Kaedah Tinjauan, Pemerhatian dan Temubual.

Objektif: 1.Mengetahui keadaan premis-premis perniagaan dalam selepas berlaku banjir.

2.Kesan banjir terhadap premis-premis perniagaan dalam kesan jangka pendek
dan jangka panjang.

3.Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir.

4.Harapan untuk masa depan.


Contoh soalan untuk temubual.

1.Jenis perniagaan yang dijalankan.

2.Berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga.

3.Pendapatan selepas banjir, sama ada meningkat atau menurun

4.Adakah mendapat bantuan? Jika ada, apakah bentuk bantuan yang diterima?

5.Untuk pulih kembali, apakah bentuk promosi yang dilakukan untuk menarik minat
kembali pembeli?


6.Apakah barang atau peralatan yang dapat diselamatkan semasa banjir berlaku?

berita

BERITA…
Hujan lebat yang melanda negeri Johor selama beberapa hari telah menyebabkan banjir di beberapa daerah di negeri Johor. Menurut dari laporan yang disampaikan oleh penyampai Buletin Utama di TV3 pada 19 Disember 2006 iaitu pada hari Selasa melaporkan banjir yang berlaku di Negeri Johor melanda secara tiba-tiba di mana pada ketika itu seluruh jentera penyelamat banjir diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Kelantan dan Terengganu.
Menurut dari laporan yang disampaikan oleh penyampai Buletin Utama TV3 itu juga menyatakan hujan yang turun lebih dari 48 jam tanpa henti sejak Ahad lalu telah menyebabkan berlakunya banjir di empat daerah. Empat daerah yang terlibat ialah Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, dan Johor Baharu. Daerah yang paling teruk dilanda banjir ialah Kota Tinggi. Penduduk yang tinggal di daerah terbabit dianggarkan hampir 10 ribu terpaksa di pindahkan ke-17 pusat pemindahan banjir yang ditetapkan.
Kesan dari banjir yang melanda menyebabkan beberapa laluan ke daerah itu hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja. Hujan lebat yang diramalkan berterusan sehingga Jumaat ini dijangka mengakibatkan keadaan lebih teruk lagi. Menteri di Jabatan Perdan Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang bertanggungjawab mengenai bencana berkata, paras hujan di Johor kini di tahap merah. Keadaan ini mengakibatkan Sungai Skudai, Sungai Cheah, dan Sungai Segamat berada di paras bahaya. Malah beliau juga telah membuat lawatan di pusat pemindahan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi. Turut hadir bersama, EXCO Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Johor, Datuk Halimah Sadiq. Malah beliau juga turut menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada mangsa banjir yang terlibat.

Monday, August 13, 2007

Kesan banjir...

Jalan-Jalan Utama Yang Ditutup Akibat Ditenggelami Air Atau Tanah Runtuh

Kesan dari arus deras yang melanda di beberapa daerah telah mengakibatkan beberapa jalan utama ditutup akibat ditenggelami air atau kejadian tanah runtuh. Berikut antara jalan-jalan utama yang terlibat dimana sumber ini dipetik dari Utusan Malaysia yang bertarikh pada 18 Januari 2007 iaitu pada hari Khamis.


· Kilometer 32, Jalan Bandar Tenggara-Jalan Kluang
· Jalan Kluang-Jalan Kota Tinggi
· Jalan Kluang-Jalan Yong Peng
· Jalan Chaah-Jalan Yong Peng
· Kilometer 3, Jalan Yong Peng-Jalan Labis
· Jalan Yong Peng-Jalan Parit Sulong
· Kilometer 23 Dan 24, Jalan Mersing-Jalan Kota Tinggi
· Batu 7, 13, 14, 18 Dan 20 Jalan Johor Bahru-Jalan Mersing
· Jalan Mersing-Kilometer 28 Jalan Nitar
· Jalan Bulang-Jalan Endau
· Jalan Sungai Lamako
· Kilometer 23 Jalan Nitar
· Jalan Tun Habab
· Jalan Tun Sri Lanang
· Jalan Kangka Baru-Jalan Paloh
· Jalan Sri Bengkal
· Jalan Kahang-Jalan Taman Negara
· Ladang Sungai Tawing-Ladang Selai

Bilangan Sekolah Yang Dinaiki Air dan Ditutup

Selain kesan terhadap rumah penduduk yang terbabit dan juga jalan-jalan utama yang terpaksa ditutup, malah tempat belajar juga terpaksa ditutup apabila ia tidak selamat lagi digunakan disebabkan air banjir yang semakin naik. Berikut ialah senarai jumlah bilangan sekolah yang ditutup bagi beberapa daerah:

· Batu Pahat : 18
· Kota Tinggi : 6
· Segamat : 4
· Johor Bahru : 4
· Pontian : 3
· Mersing : 2
· Kluang : 2
· Muar : 1

Saturday, July 21, 2007

perkenalan...

Pertemuan pertama dengan pensyarah iaitu Dr. Hamzah Jusoh dan juga rakan-rakan seangkatan. Beliau seorang yang berdedikasi dan peramah. Kami telah menjalankan sesi perkenalan diri supaya dapat memudahkan komunikasi antara kami dan juga mengeratkan hubungan silaturrahim. Urbanisasi dan Pembangunan Bandar adalah kursus yang akan dipelajari oleh saya bersama rakan-rakan yang lain. Penerangan pertama oleh pensyarah mengenai subjek ini memberi sedikit imput tambahan yang pada awalnya berada dalam keadaan samar-samar. Usaha yang gigih dan berkeyakinan tinggi!!! semangat yang perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi mengikuti kursus ini. Turut dikhabarkan kepada pelajar pada sesi ini kerja lapangan akan dijalankan di kawasan Kota Tinggi,Johor yang turut sama terkena tempias fenomena banjir yang berlaku lewat tahun 2006. Tujuannya adalah untuk mengetahui keadaan fizikal tempat kejadian serta kesan terhadap penduduk. Kursus ini akan membawa kita kepada penyelidikan secara terperinci apa yang berlaku secara tersurat dan tersirat....